Monday, February 2, 2009

How many of you know your roots?


Hi all, found this article on my disk. I don't know who's the original author. But i think this story is interesting. Afterall, i'm half rungus and half dusun, but i don't know this story at all. Mainly because i grew up mostly outside Sabah, spent more than half of my life abroad tanahairku.

Warmest regards,

Jagz.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Asal-Usul semua Kadazan-Dusun adalah sama. Cuma masalah kita dari awal ialah tidak mempertahan kan nama bangsa sendiri. Mereka ambil nama bangsa mereka seperti apa saja orang luar panggil terhadap mereka. DUSUN ini adalah panggilan orang laut sepoerti dari brunei dan sebagainya mereka memanggilnya sebagai Dusun kerana mereka tinggal di pedalaman.

Percubaan orang laut untuk memanggil orang Rungus sebagai Dusun ini juga berlaku ini kerana Rungus dan Tombonuvo adalah satu-satunya penduduk pesisir pantai sejak dahulu kala. Mereka juga pernah di panggil sebagai Dusun sejak dahulu tetapi panggilan ini di tentang habis oleh nenek moyang kami kerana ia bukan nama bangsa kami. Nama bangsa yang kami pakai sejak dahulu lagi ialah PASOK MOMOGUN (Peribumi Momogun). Momogun menurut tradisi orang rungus adalah nama bagi bangsa yang berasal dari Nunuk Ragang. Nama bangsa itu merujuk kepada Perjanjian yang di lakukan oleh Aki Gomburon (pencipta adat momogun pertama di Nunuk Ragang). Hukum Gomburon kemudian di perbaharui oleh Aki Guramanuk dan upacara itu di namakan Agama Lzabus.

Momogun ini merujuk kepada bangsa yang menghormati Lzumaag iaitu semangat gunung kinabalu. Hanya Momogun sahaja di kenal oleh Lzumaag melalui upacara yg di lakukan oleh Bobohizan. Bobolizan berasal dari perkataan "Bolzi". Bolzi adalah panggilan kepada "haiwan korban". Bolzi bermakna "BELI". Ini bermakna Bobolizan bertugas untuk "membeli semangat baru kepada lzumaag atas dosa-dosa yang di lakukan oleh orang Momogun dengan menggunakan korban iaitu haiwan ternak".

Bobolizan bertugas untuk melupuskan segala kesalahan bangsa momogun melalui korban. Jadi selama dulu nama bangsa kita ialah Momogun. Tiada kadazan dan tiada Dusun. Hanya Momogun yang ada. Dusun dan Kadazan ini adalah baru-baru wujud apabila era kemerdekaan oleh Tun Fuad. Ini kerana pada masa itu orang-orang kita tak tahu apa-apa ttg identiti mereka. Jadi apa saja orang panggil sama kita maka kita akui nama bangsa kita.

Yang pastinya kita adalah sama asalnya cuma masing2 jaga nama suku sendiri. Kalau di Rungus nama Momogun RUngus ini tak dapat di hilangkan kerana Momogun adalah nama bangsa dan Rungus adalah nama nenek moyang kami iaitu RUNGSUD yg akhirnya di sebut RUNGUS

 

yang pastinya walaupun kita baca buku-buku tulisan orang putih ttg bangsa sendiri lagilah tak masuk akal.. belum ada tulisan yang tepat malah tiada fakta yg paling tepat ttg identiti bangsa kita... apa yg pasti semua suku kadazandusun ada mitosnya dan dongengnya sendiri.. maka pendapat saya jagailah mitos suku sendiri... dan cuba-cubalah ketahui usul suku sendiri.. jangan suatu hari nanti nanti tanyakan asal-usul kita dengan orang putih pula... orang putih lagilah tak tau asal-usul kita..

Sebagai contoh Rungus Gonsomon cucu-cicit Aki Bulzun iaitu adalah anak Aki Lzongguvai. Aki Lzongguvai adalah nenek moyang momogun dari suku yg kini di kenali sebagai Kadazan pada hari ini.

Orang Dusun adalah menurut silsilah yang di pegang oleh orang Rungus adalah keturunan adik bongsu mereka iaitu Aki Torumpok. Keturunan aki Torumpok akhirnya mengosongkan nunuk ragang apabila di serang pelbagai penyakit. Sebahagian kecil keturunan Aki Torumpok ini menjejaki orang Rungus di kawasan Bandau dan mereka di kenali atau di panggil oleh kalangan Rungus sebagai Momogun Kimaragang. Momogun Kimaragang ini adalah rombongan dari nunuk ragang yg datang kemudian ke kawasan bandau pada masa nunuk ragang di serang penyakit wabak.

Hasilnya tetap sama.. kita adalah satu pada suatu ketika dahulu.

 

KADAZAN, DUSUN atau KADUS semua ini memang bukan nama bangsa yang ASLI. Kita semua tahu bahawa NAMA ASLI bangsa kita ialah MOMOGUN.
Samalah dengan Iban.. orang belanda memanggil mereka DAYAK... Orang Iban tidak setuju dengan panggilan tersebut dan sanggup menggadai nyawa untuk membantah panggilan Dayak terhadap Iban atau Bidayuh.. tetapi di sebabkan faktor politik maka akhirnya panggilan Dayak itu di terima juga pada pasca merdeka sehingga hari ini.. namun Iban tidaklah menghapuskan sama sekali nama bangsanya sebagai Iban tetapi mereka menggunakan kedua-duanya.

Di sabah pun berlaku seperti ini. Orang Kudat dahulunya di panggil orang Brunei sebagai DUSUN kerana tinggal di kawasan pedalaman tetapi di sebabkan nenek moyang menghapuskan sesiapa saja yang memanggil nama bangsa dengan panggilan yang tidak betul itu maka akhirnya Brunei atau pihak British harus mengiktiraf panggilan Momogun Rungus kepada orang Kudat.

Pada hari ini kita boleh gunakan mana-mana saja yang kamu suka pakai... mana-mana sebutan yg kamu suka pakailah saja...

kalau kami di kudat kami pakai dalam penulisan beberapa nama sebutan yang tetap merujuk kepada suku kami.. walaupun nama ini SINONIM dengan GANAS atau KASAR tetapi haruslah di akui bahawa itulah hakikatnya.. seperti di bawah ini:

Fiche Signalétique
Langue : Rungus
code ethnologist (SIL)* : DRG
ISO code 639-2 (B) : map
other names of the language* : Dusun Dayak, Melobong Rungus, Memagun, Memogun, Momogun, Roongas, Rungus Dusun
statute* : Living language
dialects* : Gonsomon, Nulu, Rungus
official language in the following countries* :
country where the language is spoken* : Malaisie
linguistic group :
linguistic family :
written form :
* These data are extracted from the Ethnologue SIL International base.
A number of speakers and other information (a link to Ethnologue)

 

Dusun ini adalah panggilan orang Brunei kepada penduduk tempatan di borneo utara.

Kami orang Kudat tinggal di pesisir pantai dan bagi kwasan pantai barat Kudat /marudu yang pertama di buka ialah di toringai, koniung, Tuhau, Morimbou, andarason, Torungkungan, Kimihang,kgMuhang, bangau, suangpai, sehinggalah ke Tomborungus di bandar kudat sekarang. nama-nama ini adalah bandar-bandar dulu yg di buka orang Momogun Rungus di sekililing Kudat.
Manakala di teluk bandau juga di buka di tepi-tepi laut bersama-sama dengan orang Tombonuvo. Kawasan yang di buka ini adalah di sebut BADI (kalau dahulu badi itu bermakna BANDAR) manakala Tomu adalah PEKAN tempat yang lebih kecil dari BADI.

Kehidupan mereka adalah seperti itu... cuma di sebabkan PENDIRIAN yang berbeza maka di KUDAT semua orang Sulu dan Brunei tak boleh memanggil Suku Momogun Rungus sebagai DUSUN (membawa makna penduduk pedalaman) dan orang Momogun Rungus tidak mahu di panggil sebagai KADAZAN (tinggal di kedai-kedai) walaupun pada masa pembukaan Kudat sebagai Daerah Pentadbiran Utama British.. malah bagi mereka yg tinggal di Kudat pada masa itu mereka hanya menerima panggilan Momogun Rungus atau jika orang itu tinggal di pekan Kudat pada masa itu mereka bolehlah di panggil sebagai ORANG TOMBORUNGUS (tinggal di pekan kudat tetap tidak di panggil Kadazan).

Menurut saya ini kerana di sebabkan PENDIRIAN dan bukan apa-apa pun. Itu sebab kita bebas menggunakan apa-apa nama bangsa yang kita mahu..

Malah dahulu ada juga kumpulan rungus yang di panggil sebagai MELOBONG RUNGUS kerana kalau mereka di panggil dengan DUSUN atau apa-apa panggilan yg keluar dari Momogun Rungus maka orang orang itu akan diajak bertarung siapa yang mati akan di KUBURKAN. Maka itulah sebabnya di panggil Rungus Melobong...

 

Kenapa Tombonuvo, Kimaragang dan Rungus sampai sekarang di kenali sebagai Momogun? Ini kerana itulah nama bangsa kita yang diajarkan oleh nenek moyang. Malah dalam upacara MOMURINAIT kadazandusun ini tak di kenal oleh SUNDUVAN KINORINGAN LZUMAAG. BOBOLZIZAN hanya mengenal perkataan MOMOGUN, RUNGUS, KIMARAGANG, TOMBONUVO dan sebagainya yg merujuk kepada suku mereka..

 

Boros nopo di tongo-aki mantad kodwori (purbakala), "tungkusai noh it kopizo molzohing... tu avasi nopo gampamasi.. avasi noh ot sondot koposizan" ka..

2 comments:

musse said...

wau,is this real?i always wondering,where the heck is this kadazandusun came from?are they belong to same ethnic,coz sometimes people referred themselves as kadazan and the rest as dusun,and the funny part was their children,called them as kadazandusun!!!
but this article is really good!hopefully it was done with scientific research..
anyway,any ideas for "lotud" people,those kadazan live in tuaran? i only found it recently coz my gf's root is from there..
and,i still remember the day i knew about "rungus" people,when i got to know our ex-friend "Teddy" during ys time..haha,i have no idea about that,and after class Sejarah form 1,my classmates askedme about rungus,sungai as well as murut people..well,aku hentam ja bah my facts=)

JOe said...

sadly, no one have written this in real books.. maybe those are stories passed by cakap2 ja..