Tuesday, February 3, 2009

How many of you know your roots? CONT.

This is the place once stood a giant Nunuk Ragang, now replaced with a faux giant concrete tree for remembrance

Pada masa Aki Rungsud dan Aki Lzongguvai memulakan pengembaraan ke tavara (utara) menurut kopizo Lzumaag. Tidak di pastikan kenapa Aki Rungsud memilih menuju ke tavara ada beberapa kemungkinan iaitu nenek moyang mereka pernah melalui kawasan itu. 


Apabila sampai masa perjalanan isteri Aki Lzongguvai bersalin utk anak pertama... jadi hanya Aki Rungsud dengan pengkut2nya saja yg jalan terdahulu. Mereka membawa ayam yg banyak utk digunakan bagi membuat korban di setiap puncak bukit yang mereka singgah..bagi tujuan mengundang lzumaag menguasai perjalanan mereka. tanda utk aki lzongguvai menyusuri rungsud ialah sangkar ayam yg akan di gantungkan di atas kayu tinggi.. dan itulah tandanya laluan perjalanan aki rungsud.

Setelah sekian lama maka sampailah juga aki rungsud di kawasan bandau... kawasan bandau di berikan nama bandau yg bermakna (MONDOU). nama ini di berikan kerana apabila aki rungsud meninjau hutan tebal di kawasan tersebut mulai dari kawasan dataran sehingga ke bukit2.. kononnya aki rungsud terjumpa sejenis haiwan yang mempunyai api di mulut (duvarung/gugumorung).. haiwan tersebut menyerang aki rungsud.. pertarungan berlaku dan gugumorung tersebut tidak mengalah sampai mendekat hari subuh.. akhirnya melalui pertolongan kinoringan lzumaag seekor haiwan yg di panggil MONDOU di utus oleh Lzumaag utk menghalau gugumorung tersebut... Menurut kepercayaan agama lzabus, MONDOU adalah RAJA SEGALA HAIWAN DI HUTAN.. apabila MONDOU berbunyi maka duvarung tersebut melarikan diri... maka kawasan itu di namakan oleh Aki Rungsud sebagai MONDOU yang akhrnya di kenali sebagai BANDAU. BANDAU ini pula bertukar kepada KONOPUAN MOGKORUDU apabila berlaku perselisihan antara Rungus Pilzapazan dan Rungus Bandau + Tombonuvo. dalam perselisihan itu maka berlakulah perang secara angkasa diantara RUNGUS BANDAU bersama Tombonuvo berlawan ilmu hitam dengan orang Rungus Matunggong dan Kudat. Dalam persaingan kekuatan ilmu sihir itu maka akhirnya apabila keadaan tidak terkawal lagi maka mereka meminta agar ketua Bobolzizan yang bertugas menjalankan uapcara Managas (upacara mengorbankan manusia sebagai persembahan korban) utk menghentikan perselisihan tersebut secara adat. Maka orang-orang rungus matunggong akur ttg gesaan tersebut namun serangan Sindaat terus di lancarkan oleh orang rungus bandau dan tombonuvo.

Di sebabkan kemungkaran itu maka akhirnya Aki Sook (ketua bobolizan rinovusan yg bertanggungjawab dalam upacara managas) memutarkan kegunaan SUKANG PAMASI POMOGUNAN dengan menerbalikkan peranan sebagai SINDAAT. Melalui upacara MONGIZAU SINDAAT itu maka Aki Sook membuat satu sindaat baru yg di namakannya sebagai SINDAAT MOGKORUDU. Dalam sumpahan ini sesiapa saja yg menangisi mangsa sindaat di bandau akan mati serta merta termasuk tanaman dan haiwan ternak akan mati sekali. Maka bermulalah kuasa sindaat tersebut sehingga akhirnya konopuan bandau di kosongkan kerana ada saja yg menangis akan terkena sindaat tersebut. Rungus BANDAU dan TOMBONUVO pergi naik ke kawasan TUPAK (Bengkoka dan sehingga ke Paitan/Beluran). Ini kerana di kawasan tersebut melintasi zon sumpahan Aki Sook. Maka akhirnya bandau di panggil KONOPUAN MOGKORUDU yang mana pada hari ini kita kenalinya sebagai KOTA MARUDU. BANDAU kosong selama beberapa lamanya sehinggalah Sahrif Osman membuka kawasan tersebut..

 

Kembali kepada cerita Aki Lzongguvai.. apabila keadaannya mengizinkan.. maka akhirnya mereka menyusuri perjalanan aki rungsud. Tetapi tanda sangkar ayam tersebut sudah di pindahkan orang (menurut cerita orang yg memindahkannya adalah orang yang kurang siuman).

Jadi akhirnya aki lzongguvai tersesat ke tempat lain di kawasan penampang. Aki rungsud melalui maklumat bobilzizan mengetahui perkara ini dan beberapa orang di kerahkan utk menjejaki aki lzongguvai. Mereka menemui aki lzongguvai di satu kawasan pada musim kokotuai. Mereka mengajak aki lzongguvai utk pergi ke pompod tana tavara tetapi aki lzongguvai bertukar fikiran. Dia hendak membuat petempatannya di kawasan tersebut (pada hari ini tempat itu adalah kawasan penampang). Sungguhpun aki lozongguvai tidak ikut ke tavara tetapi dalam adat agama lzabus perbuatan itu harus di bayar korbannya kerana kawasan aki lozongguvai sudah di sediakan di pompod tanah dan harsu diisi oleh keturunannya. Melalui upacara korban memutuskan bahawa aki lozngguvai itu maka dia harus menyerahkan anak sulungnya yang lahir di Nunuk Ragang sebagai gantinya. Maka anak pertama mereka yang lahir sebelum perjalanan keluar dari nunuk ragang harus pergi ke pompod tana (kudat) sebagai mengisi perjanjian antara lzumaag.

Anak sulung aki lzongguvai dinamai sebagai Bulzun (BULUN. Aki Bulzun datang ke kudat pada sekitar umur 17 tahun bersama dengan 5 ekor anjing kebal. Aki Bulzun menurut cerita seorang yang berambut panjang. Dia datang ke bandau untuk menunaikan adat bangsa momogun. Maka aki bulzun di sambut oleh pak ciknya aki rungsud. Aki Rungsud membuat satu upacara pembahagian kawasan yang diadakan di KIRANGAVAN Kota marudu. Di kawasan tersebut diadakan satu upacara PALUAN GONG untuk pentahbisan seluruh kawasan tavara sebagai kawasan Momogun seperti mana perintah Kinoringan Lzumaag. Upacara itu di akhri dengan pembahagian kawasan. Cara pembahagian kawasan itu di lakukan dengan memalu gong KUMANIS milik RUNGSUD. Gong tersebut akan di palu selama 7 hari dan 7 malam dan seluruh mana-mana kawasan yang bunyi gong tersebut masih kedengaran adalah merupakan tanah milik aki rungsud.

Akhirnya sempadan di tentukan dengan memacakkan sejenis LEMBING yang di panggil BINORUDAN (lembing pahlawan yang bersaiz lebar pengayuh perahu). Sempadan itu sehingga hari ini di kenali sebagai BURUL BORUD yg terletak di kg Tambuluran Kudat.

maka aki BULZUN berkawin dengan sumuni (gadis sunti) bernama SINONDIHON. Aki Bulzun adalah anak aki lzongguvai. Aki lzongguvai adalah adik aki rungsud.

Keturunan aki Bulzun pada hari ini ialah di kenali sebagai Rungus Gonsomon.

 

Sebenarnya Aki Rungsud adalah anak sulung, Aki Lzongguvai adalah anak lelaki kedua dan Aki Turompok (Monumpok) adalah adik lelaki ketiga.

Aki Turumpok pada hari ini adalah merupakan RURUNGAN suku Dusun Tambunan, Ranau,
Kota belud dan sebagainya. Turumpok tidak di bernarkan meninggalkan kawasan Nunuk Ragang kerana menurut adat dia adalah TANDON TONGKOB. Adat ini masih lagi digunakan oleh suku momogun rungus sehingga pada hari ini. TANDON TONGKOB bermakna (anak yang harus mewarisi kawasan ibubapanya atau mewarisi rumah bapanya.)

Adat ini masih subur dalam suku momogun rungus. manakala bagi orang rungus yang sudah meninggalkan kawasan Nunuk Ragang maka mereka tetap akan KEMBALI DI GUNUNG KINABALU selepas meninggal dunia. Menurut kepercayaan mereka apabila mereka meninggal maka HATOD orang rungus akan bangkit dan akan di pimpin oleh burung TAMBAZANGAN atau KONIU utk menuju ke Gunung Kinabalu. Inilah pengorbanan dan kepercayaan mereka. Untuk menganuti agama lzabus maka mereka harus keluar dari Nunuk Ragang utk menjaga kawasan pesisir pantai dan setiap bukit2 harus diadakan korban bagi MONGOLZIGOU semangat lzumaag agar tetap menjaga momogun.

Agama Lzabus menjadi penuntun hidup mereka selama ribuan tahun di pesisir pantai bagi menjaga daratan kerana itulah wasiat nenek moyang mereka iaitu perlindungan lzumaag mengalir dari atas bukit melalui korban dan dibawa ombak sampai ke seberang lautan.

 

Cerita ini masih banyak lagi namun agak sukar menceritakannya..disini. Apapun hakikatnya ialah KITA SEMUA SATU BANGSA menurut LEGENDA YANG TETAP DI WASIATKAN INI OLEH AHLI-AHLI AGAMA LZABUS orang Momogun Rungus.

"Avasi nopo kopizo.. avasi no vaza poimpasi"

1 comment:

Anonymous said...

kagum seyh aku ngan ko joe.. hebatnya pasal sejarah! :)

xxx